Tun M Secara Terbuka Desak Najib Letak Jawatan, Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah

CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan demi menyelamatkan negara dan Umno.

Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata prestasi Najib sebagai Perdana Menteri lebih teruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Sekiranya Umno mahu diselamatkan sudah tiba masanya untuk menukar kepimpinan parti itu. Siapa yang akan menggantikannya terpulang kepada Umno tetapi beliau harus letak jawatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan kepimpinan ‘What Youth Should Know’ di sini Sabtu.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau sudah melepasi tempoh senyapnya dan perlu lantang bersuara kerana reputasi negara di peringkat global semakin buruk semasa di bawah pemerintahan Najib.

“Saya tidak marah. Saya hanya fikirkannya demi negara kita. Saya berdiam diri sejak beberapa tahun tetapi sekarang saya sudah melepasi tempoh senyap saya.

“Negara kita terkenal sebagai salah sebuah negara yang memiliki pentadbiran yang baik. Tetapi sekarang tidak lagi. Sekarang akhbar luar negara melabelkan Malaysia sebagai sebuah negara paling korup,” katanya.

Dr Mahathir turut mengkiritik Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Terdahulu, Dr Mahathir menjawab pelbagai isu kontroversi semasa sesi soal jawab diadakan.

Antara isu yang dibangkitkan adalah hukum hudud, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan hubungan antara kaum.

Tun M desak Najib letak jawatan, hutang 1MDBBila otai bersuara…..ulasan yg kemaih dan mantap….simple dan senang faham….tersurat dan tersirat…

Posted by University of Life on Saturday, 4 April 2015

 

60 Pandangan Di “Tun M Secara Terbuka Desak Najib Letak Jawatan, Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah

      1. Betul barang semakin mahal tadi saya pergi pasar beli barang terkejut saya harga barang sudah lah naik ini belum harga +Gst mampus lah kita yang orang bawah niii. dia orang pandai cakap jer semua

        Reply
  1. Sokong TDM 10001%, Allah panjang kan umur TDM tuk bantu kami semua rakyat malaysia, Semoga TDM dapat selamatkan malaysia tuk rakyat

    Reply
  2. Setuju dengan Tun Dr.Mahatir .. saya sokong BN.. dan kerana Najib lah reputasi Barisan Nasional tercela.. bak kata orang kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. dan saya tak bersetuju terhadap pelaksanaan GST..negara kita masih membangun.. belum lagi maju.. dah masih ramai berpendapatan perkapita kecil.. Tun Dr.Mahathir berjiwa rakyat. Semoga Allah panjangkan umur Tun.

    Reply
    1. Cukuplah dengan teruknya isu dalaman negara sekarang, letaklah jawatan wahai DS Najib dengan sukarela..dah xboleh repair dah bg peluang org lain handle, nk tunggu apa lagi…ingat dgn BRIM rkyat boleh sokong ke, kenapa dah bg BRIM ditarik pulak duit rakyat dengan GST…something wrong tu nampak sngt..

      Reply
  3. Hanya Tun M yang berani bersuara. Solute. Memang ekonomi Malaysia berada di belakang banyak negara Asean sekarang. Saya salah seorang yang kerap travel dan saya amat terperanjat matawang RM jatuh merudum. Keadaan di dalam negara pula berdepan dengan inflasi yg sgt teruk. Kenapa rakyat tak ada infomarsi tentang inflasi ini? Sebab segala media sosial adalah dimonopoli oleh kerajaa. Beranikah RTM, TV3, Astro mahupun surat khabar tempatan membongkar hal tersebut?

    Reply
  4. Yeah! Saya sokong kalau Najib disuruh letak jawatan. Sebab negara kita jadi huru hara sekarang. I dont like if PM Najib jd PM . HMMM !!!! Tukar jangan tidak tukar.

    Reply
  5. Tun Mahathir berjiwa rakyat,slalu fkrkan nasib rakyat,PM Najib hanya myusahkan rakyat, xfkr rakyat yg bergaji kecik nk hadapi gst yg melampau..Tun M pimpinla smula ngara..Habis jd kucar kacir…

    Reply
  6. Najib perlu mahsabah diri dan tingkatkan keyakinan rakyat…jgn terlalu melayan masalah peribadi yg x de penghujung,,,rakyat didahulukan pendapatan du
    Iutamakan dah berkubur….

    Reply
  7. Saya sokong dgn Tun. Harga keperluan smkn mngkat tp harga bkn kprluan turun plk.. sprti kereta.. bukny stiap hari stiap tahun org akn tukar & beli yg baru..tpi brg2 yg kite prlu stiap hari mengkat. Tapi gaji rakyat tiada value & tiada knaikan gaji or bonus. Dpt gaji xsmp sbln dh hbis. Rkyat Malaysia bukny smua org berada.. kasihanilah kmi smua….

    Reply
  8. Saya bersetuju dgn dato tun. Sya gaji cukup makan je…nak byr pengasuh anak,pampers,susu,minyak kereta…nk simpab pun sikit je utk stanby anak sakit…dh kena gst ni…takut nk beli brg…semua kedai kenakan gst…ya allah jesianlh bantulh hambamu ini…

    Reply
  9. Saya memang sokong tun dari sata kecik sampai saya kawin.tdm tolong la buat sesuatu agar matawang RM stabil atau tdm jadi gabenor

    Reply
  10. Saya sokong dr mahathir…dialh pmmpin yg sebnr2nya…ya allah kau pnjngknlh usia tun ya allah…bukakanlh pintu hati najib utk mltkkn jwtnnya sbagai pm malaysia..dn kurniakn kpd kami pmmpin yg brtnggjwb keatas rkyt yg mmrlukn pmbelaan….amin..amin..ya aĺlah.

    Reply
  11. Saya sangat bwrsetuju jika Najib letak jawatan, beliau tidak berkalibel utk memimpin. Dasar dan perlaksaan yg tidak membantu rakyat.

    Reply
  12. Saya tak sokong Dr M… pelik je…setiap PM selepas beliau semua tak betul..paksa orang letak jawanttan. Dulu Pak Lah sekrang Najib pula…Tun hanya setuju jika selepas ini yang jadi PM anak beliau sendiri…Faham-fahamlah ….

    Reply
    1. we can feel setiap pemerintah memerintah ekonomi negara mcmna. tun m desak berhenti kerana semakin ramai rakyat akan berpaling tadah terhadap kerajaan.apatah lg after gst.yg miskin semakin miskin, yg kaya smakin kaya.

      Reply
  13. Tengku Harriz Nazlie · Edit

    Saya, spt nama di atas MENYOKONG SEPENUHNYA saranan Tun Dr. Mahathir dan saya juga turut sama MENDESAK DSNajib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO demi maruah orang melayu dan negara kita Malaysia.

    Reply

Post Comment