Tips Melegakan Kesakitan Migrain Dengan Minyak Bidara

Assalamualaikum! Saya ingin kongsikan pengalaman mengenai penyakit Migrain saya. Hanya yang pernah mengalami migrain sahaja yang tahu dan faham betapa sakitnya penyakit migrain ini.

Ketika umur saya 20an saya telah mula diserang dengan penyakit migrain dan kini umur saya hampir mencecah 40 tahun, namun penyakit migrain saya masih ada lagi.

Migrain saya akan berlaku 2 hingga 3 kali dalam sebulan. Migrain yang saya alami jenis Severe Migrain iaitu migrain berat. Mengikut pengalaman saya, penyakit migrain ini akan serang atas beberapa faktor keadaan contohnya terdedah kepada cuaca yang sangat panas, stress apabila melakukan kerja berat dan kurang tidur.

Migrain saya akan terasa sakitnya di bahagian tengah kepala, dahi dan sisi kepala. Apabila saya tunduk, kesakitannya akan lebih terasa lagi. Migrain ini akan membuatkan kita rasa seolah-olah kepala kita seperti ingin pecah sehingga kita terpaksa menekan-nekan bahagian yang sakit itu dengan kuat dan secara jujurnya saya sampai tahap pernah menghantukkan kepala saya ke dinding kerana terlalu sakit.

Migrain

Kebiasaannya tanda-tanda sebelum saya kena migrain, mata saya akan berpinar-pinar, rasa pening yang teramat apabila tunduk dan mendengar bunyi bising. Apabila saya dah rasakan tanda ini saya akan cepat-cepat telan ubat untuk cuba mengelakkan migrain ini.

Ubat yang biasa saya ambil semasa migrain ialah tramadol, ibubrufen, sendomigrain, paracetamol dan mafenemic acid (ponstan). Ubat-ubat ini ada di jual di farmasi. Perbelanjaan untuk ubat ini agak tinggi harganya. Kadang kala saya terpaksa mengambil rawatan injection untuk menghilangkan migrain dengan lebih cepat kerana mengalami migrain yang terlampau teruk.

Ya, migrain saya akan hilang apabila saya memakan ubat yang diambil tetapi kelegaan migrain tidak lama dan kadang-kadang hanya dapat bertahan 2 hari sahaja. Ia tidak menentu dan kadangkala apabila saya amat memerlukannya ia hanya akan bertahan sekejap sahaja. Selepas makan ubat pun ia mengambil masa yang lama untuk menghilangkan migrain tersebut. Itu pun bergantung kepada jenis ubat yang diambil. Ada ubat yang memberi kesan yang sekejap dan ada yang lama. Kelegaan selepas makan ubat biasanya dapat terasa apabila kita tidur. Oleh sebab itu apabila saya mengalami migrain saya akan cepat-cepat mengambil ubat migrain dan saya akan tidur.

Sememangnya ubat tahan sakit ini mempunyai kesan sampingan sebagai contoh kita akan merasa loya-loya, mengantuk dan kita tidak dapat melakukan kerja lain. Namun saya tiada pilihan kerana tidak tahan dengan kesakitan migrain tersebut.

Kerana terlalu bergantung kepada ubat yang diambil secara berterusan, kini jika migrain saya datang, ubat-ubat yang diambil tidak mampu lagi memberi kesan kepada migrain saya.

Minyak Bidara

Sehinggalah pada satu hari tu kira-kira 2 bulan yang lepas, ketika saya mengalami migrain yang amat teruk, suami saya telah memberikan kepada saya minyak bidara untuk saya cuba sapu bagi menghilangkan migrain katanya. Tanpa berfikir panjang saya pun terus menyapu minyak bidara tersebut. Saya sapu dibahagian dahi, sisi kepala, tengkuk dan bahu. Untuk bahagian yang sakit, saya sapukan lebih sedikit sambil memicit-micit kepala.

Selepas disapu, saya berasa berangin dan nyaman mungkin kesan daripada aroma minyak bidara tersebut. Tindakbalas minyak ini agak cepat dalam masa 1 hingga 2 jam sahaja, migrain yang sakit tadi akan beransur lega sedikit demi sedikit. Badan dan kepala saya sekaligus berasa segar.

Alhamdulillah, dengan izin Allah kesan daripada minyak bidara yang berangin ini dan aroma yang menenangkan seperti menutup kesakitan migrain yang saya alami selama ini. Kekerapan migrain yang teruk sebelum ini semakin berkurangan selepas saya menggunakan minyak bidara ini. Saya akan menyapu minyak ini apabila tanda-tanda migrain mula hadir dan Alhamdulillah minyak bidara ini banyak membantu saya dalam menghilangkan sakit migrain ini dan sekarang, minyak bidara ini menjadi bekalan yang wajib bagi saya untuk kemana-mana.

Jika ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan minyak ini boleh mesej/whatsapp “MIGRAIN” ke 012-2887468 atau klik link ini

http://www.wasap.my/60122887468 Pn Laila. Hanya RM23.00 sahaja. Semoga serasi dan bermanfaat. Insya Allah.

p/s : Sila SHARE jika anda rasakan maklumat ini penting kepada mereka yang lain

Post Comment