Retorik Benci Pada Donald Trump Hingga Peluk Islam

Pada 9 November 2016, Donald Trump telah dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru.

Pelbagai reaksi positif dan negatif telah diberikan atas Trump dan yang lebih menarik adalah apabila seorang wanita telah berkongsi di Facebook page beliau tentang bagaimana retorik kebencian yang dilaungkan Trump telah meyebabkan beliau memeluk Islam.

Kira-kira satu tahun yang lalu, Lisa Shanklin telah mula membaca Al-Quran selepas melihat retorik kebencian yang telah dilaungkan Trump.

“Retorik kebencian inilah yang telah membuatkan saya mula membaca Al-Quran dan mengkajinya secara mendalam sejak setahun yang lalu (Saya akui bahawa kali terakhir saya membacanya adalah ketika mengambil subjek Perbandingan Agama di university dahulu).”

Beliau kemudian mula untuk berinteraksi dengan orang Islam dan seterusnya membuat keputusan untuk memeluk Islam.

“Saya amat bersyukur kerana selepas membaca dan mengkaji Al-Quran, saya mula berinteraksi dengan orang Islam disekeliling saya dan seterusnya membuat salah satu keputusan terbesar dalam hidup saya iaitu memeluk Islam.”

Beliau telah berikrar untuk memakai hijab pada 20 Januari 2017, hari di mana Donald Trump akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat.

“Saya telah membuat keputusan untuk memakai hijab setiap masa di depan khalayak umum pada 20 Januari 2017 nanti.”

Beliau tidak malu sebaliknya berbangga untuk menyatakan bahawa beliau memakai hijab.

“Saya dengan bangganya akan menyatakan bahawa saya seorang pemakai hijab dan akan menemplak dan memperbetulkan persepsi mereka yang salah terhadap sentimen ini secara terbuka atau tertutup.”

Post Comment