Punca Anak Lebih Hormat Ayah Dari Ibu

BILA ANAK TAK DENGAR CAKAP IBU

Anak-anak, kalau dia tak dengar cakap ibunya, tapi masih dengar cakap ayahnya, itu dikira ok. Ayah masih boleh bentuk anak itu supaya dengar cakap ibunya.

Yang bahayanya, dia tak dengar cakap ibunya dan ayahnya sekali. Selalunya disebabkan ibu tak menunjukkan respek kepada suami di depan anak-anaknya.

Ataupun ibu bercakap perkara yang tak baik tentang suami kepada anak-anaknya.

Kalau itu berlaku, sebuah rumahtangga akan mula runtuh. Saya pernah dengar talk Ustazah Dr Isfadiah katanya, KUNCI runtuhnya sebuah keluarga bilamana isteri tak menunjukkan hormat kepada suami di depan anak-anak.

Maka bila anak-anak tak dengar cakap ibu, ayah tidak lagi mampu BACKUP untuk perbaiki keadaan sebab anak-anak juga tak respek ayahnya. Mereka lebih percaya KAWANNYA berbanding ibubapanya sendiri!

Sumber: Mohd Zulkifli Shafie

Post Comment