Ibu Bapa Perlu Berhati-Hati Memilih Kolej Swasta Untuk Anak-Anak Mereka Menyambung Pelajaran

Kolej Universiti Sains Perubatan Allianze merupakan salah satu institusi seperti itu. Terletak di Kepala Batas, ia menawarkan 5 kursus perubatan yang diluluskan MPM.

Bagaimanapun, masalah kewangan menyebabkan Kolej Universiti Allianze terpaksa ditutup dan ini menjadi masalah kepada 300 pelajarnya.

Kolej Universiti Sains Perubatan Allianze ditutup

Dan MPM yang meluluskan program yang ditawarkannya kolej universiti tersebut menghalang para pelajar meneruskan pengajian mereka.

Pengerusi Persatuan Transformasi Pendidikan India Malaysia (MIETA) Elangovan Annamalai memberitahu SemutHarian bahawa Kementerian Pendidikan telah mengadakan mesyuarat di antara pelajar, ibubapa dan MPM. Mesyuarat turut disertai PTPTN dan 28 IPTS yang menawarkan kursus perubatan.

Katanya, mereka memperoleh bukti bahawa timbalan ketua pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi (sektor IPTS) Prof Datuk Dr Roziah Omar membuat ucapan bahawa para pelajar bebas memilih universiti dan tidak perlu khuatir dengan kuota yang diperuntukan.

“Semasa perhimpunan, MPM tidak menyebut tentang sistem kuota,” ujar Elangovan.

Bagaimanapun, pelajar yang mendaftar dengan Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST), Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (RCMP), Management and Science University (MSU) and Universiti MAHSA diberitahu agar mengosongkan asrama pada Oktober ini selepas mendaftar dan membayar yuran kerana institusi pilihan mereka telah melebihi ratio pensyarah-ke-pelajar yang ditetapkan MPM.

Pelajar diberitahu mereka akan dipindahkan ke institusi lain.

Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan berkata dalam kenyataan pada 16 Okt bahawa MPM telah memutuskan agar IPTS perlu patuh dengan kuota yang ditetapkan dan tidak akan diberi kuota tambahan.

Bukankah ini bercanggah dengan kenyataan Rodziah? Dan mengapa MPM diam ketika mesyuarat diadakan dahulu?

Ibubapa yang terlibat tidak mahu anak-anak mereka dipindahkan ke institusi lain kerana kos bakal meningkat.

Mereka merayu agar MPM memberi kuota tambahan kali ini, bagi memudahkan pembelajaran anak-anak.

Sudah tentu, IPTS terlibat perlu memikirkan tentang jumlah pensyarah dan kemudahan yang ditawarkan selepas kouta itu kembali seperti asal.

Elangovan bertanya: “Apabila ketegangan politik tercetus di Mesir pada 2013, 2,564 pelajar Malaysia dibawa balik dan 80% terdiri pelajar di fakulti perubatan. Mereka diberi tempat di IPTA dan IPTS. Mengapa isu kuota tidak dibangkitkan? Mengapa layanan serupa tidak diberikan kepada pelajar ini?

“Mereka telah membelanja wang di Allianze, dan ada yang menggunakan pinjaman PTPTN. Mereka hilang banyak wang. Biar mereka pilih universiti menurut kemampuan mereka.”

Elangovan berkata benar.

MPM merupakan badan yang meluluskan kolej universiti itu dan membenarkan lima kursus perubatan ditawarkannya.

Ini bukan salah MPM tetapi pelajar tidak dapat mengikuti kursus pilihan mereka. MPM boleh membenarkan pelajar ini memilih tempat mereka.

Atau mungkin mereka boleh ditempatkan di IPTA? Mengikut laporan, masih terdapat 1,550 tempat yang belum diisi kerana kerajaan hanya menawarkan 1,019 tempat bagi pelajar perubatan.

Pelajar-pelajar yang terlibat membuat kenyataan ini di YouTube: “Kami pelajar perubatan, dan bukan bola yang boleh disepak ke sana ke mari.”

Leave a Reply

Your email address will not be published.