BILA ORANG BELAJAR AGAMA TAK ADA ADAB

1. Dr A, dia ada Master dan PhD in Oncology. Dia pakar kanser. Dia tak mengaku dia pakar semua penyakit.

2. Dr B, dia ada Master dan PhD in Cardiology Intervention. Dia jadi Cardiosurgeon. Jika ada kes O&g dia akan refer pesakit kepada pakar O&g.

3. Dr C, dia ada Master dan PhD in Ophthalmology. Dia jadi Ophthalmologist merawat masalah mata. Dia tak mengaku dia boleh rawat kes-kes orthopaedic.

4. Dr D, dia ada Master dan PhD bidang Orthopaedic. Kalau ada kes patah tulang, dia lah yang akan rawat. Ada kes kanser, dia refer kepada Oncologist.

KESEMUA mereka tidak pernah mengaku tahu SEMUA penyakit. Kerana mereka BERADAB dengan disiplin ilmu dan niat menuntut ilmu ikhlas merawat pesakit.

ULAMAK HADITH MEE SEGERA. Mereka baru ada PhD dalam SATU JUZUK DARI 70 JUZUK ILMU HADITH. Itu pun satu Juzuk bukan ke semuanya. Hanya bab “definisi” sahaja. Sudah mendabik dada KONONNYA tahu SEMUA Hadith.

Tidak beradab dengan Ulama muktabar yang menghafaz ratusan ribu Hadith beserta Sanad dan syarah, yang menghafaz ratusan jalan riwayat Hadith.

Ulamak Hadith Mee Segera ni Hadith 40 pun tak hafal. Sanad tak ada. Syarah tak hafal. Tanpa rasa malu menjaja sijil PhD untuk mengaku PAKAR HADITH sambil memalsukan Hadith yang diriwayatkan oleh ulama muktabar dan menyesatkan dan mensyirikkan umat Islam.

MEMALUKAN.

Sebab itu untuk menuntut ilmu, perlukan ADAB. Tanpa ADAB, penuntut ilmu akan berasa SOMBONG dengan ilmunya.

Imam Laith bin Saad rahimahullah (wafat tahun 175Hijrah), menegur pelajar Hadith yang bersifat sombong agar pergi belajar ADAB dari belajar Hadith.

Sabda Rasulullah SAW : Janganlah kamu semua belajar ilmu agama untuk bermegah – megah di kalangan ulama-ulama, dan bukan untuk berjidal dengan mereka yang safih ( pandai cakap hal agama tapi hatinya jahat) dan bukan untuk tujuan memilih majlis (dimuliakan di majlis-majlis) , maka sesiapa yang berbuat demikian, maka NERAKA lah buatnya, NERAKA lah.

Jadi cari lah ulama, Ustaz, Pendakwah yang BERADAB.

Bukan cari Ulamak Hadith Mee Segera, Self Claim Syeikh Hadith, Mujtahid Satu Malam, Ahli Fatwa Cetak rompak dan Si Foolan.

Post Comment