Adik Noor Syafikah Nadia disahkah dirogol sebelum dibunuh

ALOR SETAR – Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya dilapor hilang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan separuh bogel kira-kira pukul 3.45 petang.

“Polis belum mendapat petunjuk tentang dua adik mangsa yang dilapor hilang.

Operasi mencari mereka sedang dijalankan dengan bantuan unit anjing pengesan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.

adknorsyafikah

Remaja tersebut bersama dua adiknya yang berumur tiga dan 12 tahun dilapor keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci.

Mohd Nashir berkata setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira pukul 2 pagi.

Sementara itu laporan terkini menyebut, dua adik remaja yang dilaporkan hilang itu disahkan maut selepas mayat mereka ditemui di sungai Pekan Langgar di sini petang ini.

adknorsyafikah2 adknorsyafikah3 adknorsyafikah4 adknorsyafikah5

39 Pandangan Di “Adik Noor Syafikah Nadia disahkah dirogol sebelum dibunuh

  1. apa hukum ibu bapa yang lalai?? sampai biarkan anak2 keluar rumah selepas maghrib, tak mempunyai lesen motor dan membawa adik berusia 3 dan 12 tahun bersama?? mana ibu bapa mereka???

    Reply
    1. setuju ngan komen dr aku yg di bwh ni…jgn pandai mencari salah org lain dan mengutuk2…kelak akn terkena pada diri sendiri…bersihkan hati tu…

      Reply
        1. sbb malang tak berbau lah kita xleh nak tunding jari kat sapa2 okay..kalau hang jaga macamana pun benda kalau dengan izin tuhan dah tertulis dia akan jadi jugak…bodoh jugakk lah hang ni

          Reply
          1. betul tu..bodoh sungguh, dah taw ckp malang tak berbau..kalau jaga mcamana pon org jahat nk rogol, jadi jugak.. ni lah dia mentaliti sempit, perogol yg merogol tp masyarakat yg otak sempit salah kan mangsa yg dirogol..so jahiliah..tak sgka hidup lagi n membiak keturunan macam ni..igt dlm filem tamil dulu2 je..

          2. bodohnya fafa dan sa · Edit

            apa bangapnya ko nie fafa?? sebab malang tak berbau tu la kita kena berhati2. kalau macam tu baik jer aku bawak budak 4 tahun, suh lintas jalan sorang2…kalau kena langgar kete, jerit ni semua takdir. kalau jaga macam mana sekali pun kalau benda nak jadi, aku boleh paham, tapi masalahnya ada ambik langkah berjaga2 ker? mcm kes brape tahun lepas, budak 5 tahun pegi pasar malam sorang2..apa ke hal?? ko nie lagi bodoh bertingkat2..geli aku nak debate orang macam korang nie.

      1. pernah hang pikir azab budak2 tu sebelum meninggal?? siapa yang patut menjaga dan beri perlindungan kepada mereka? siapa aku nak salahkan keluarga. tapi bukak la mata, bukak lah minda. kanak2 berumur bawah 18 tahun perlu diberi pengawasan sewajarnya oleh pihak keluarga. sekarang nasi sudah jadi bubur..tangisan tak mampu mengembalikan nyawa..

        Reply
    2. Sbb ada keperluan lah tu diajak adik2nye meneman dgn keizinan. Betulla juga seleoas maghrib, bukannya waktu maghrib. Jika kau duduk kmpung kau akan tahu perkara2 yg utama. Usah kau menghukum si ibubapanya lalai. Kelak kau akan diuji dgn kata2 kau yg tiada simpati.

      Reply
    3. awat kuangajaq sangat bunyi hang? hang ingat makbapak depa tak cukop seksa ka anak tiga2 meninggal? yang hang nak pi tambah lagi seksa depa buat apa? bek hang diam ja daripada buat komen kuangajaq lagu nih.

      Reply
      1. nak tambah seksa apa benda nya? angpa tak nampakkah soalan cheq?? cheq cuma nak questions, mana rasional masyarakat melayu? umuq 14 bawak umur 12 and 3 tahun pegi keluar rumah dengan motosikal. hangpa jangan lupa tanggungjawab makbapak untuk jaga keselamatan anak baik di bandar ataupun duduk di kampung. merata orang jahat kat sini, tunggu peluang jer..kalau makbapak lepa, jadi mangsa anak2…pikir la sendiri..tegur demi kebaikan bukannya keburukan

        Reply
    4. Tak perlu menghukum atau menyalakan ibubapa mereka. Sebab kita tak tahu keadaan sebenarnya. Kadang bila kita nak di uji bukan tentu. Sama-samalah kita berdoa agar Allah mempermudahkan usaha pihak polis mencari pembunuh mereka. Dan berdoalah semoga kejadian itu tidak akan berlaku pada diri kita dan keluarga. Itu yang lebih baik. jangan menambah kesedihan orang lain. itu hari mereka , hari kita belum tentu lagi.

      Reply
    5. jangan jadi bodoh! · Edit

      dah2 la menyalahkan orang..x kena kat batang hidung takpa la… sepatutnya kita sebagai orang Islam, meredakan kesakitan keluarga dia… bg dia tenang, bukan dok tunding sana sini salahkan orang… xda adab namanya tu!!! x kena kat hang xpala…nnti kena kat hang baru hg ada akai! sb cakap pun sropa xdak akai!

      Reply
      1. aku taknak jadi bodo · Edit

        sebab taknak jadi bodoh lah si miza tu nasihatkan jaga anak memasing sebelum ditimpa malang petaka. dalam court pun hakim akan tanya punca masalah ini jadi. perogol, pembunuh tak kira mangsa, agama atau bangsa. apa cara untuk kita nak protect ahli keluarga kalau bukan mengawasi?? jangan ambik mudah or pandang ringan, kalau dah terkena, tumpang simpati jer laa..

        Reply
  2. cukuplah dengan keperitan dan kesakitan yg ditanggung iubapa mereka, usahlah kita menuding jari pada sesiapa..Allah menentukan Qada dan Qada' mereka dan sebagai Muslim kita wajib mempercayainya..yg penting kita mendoakan keselamatan adik2 arwah yg hilang dan menghukum pesalah yg berdosa dengan hukuman gantung sampai mati..

    Reply
  3. sudah2 la..perit ahli keluarga, tak tertanggung…. mana la nak sangka kampung yg didiami tak selamat…. sesetgh keluarga tak begitu senang mcm sesetgh org ikut anak ke mana2….atau gunakan kereta bawa anak… tp kes ni dah melampau…org yg aniaya tu dah bukan manusia…. sekejam tu bleh lakukan….

    Reply
  4. Alahai belum abis siasat jgnlah kita nk minta ibubapa yg dihukum pula kalau macam tu eloklah tangkap diorang trus masa buat laporan polis tu.. Sudahlah anak meninggal dunia 3 org sekaligus dlm keadaan yg sungguh menyeksakan Allah yg tahu.. Seeloknya kita menginsafu dan cuba memberi pandangan dan komen dan doa yg baik2.. Al fatihah

    Reply
  5. jgn menghukum seseorang selagi kita tdk tahu apa yng sbenarnya berlaku….dan apa yang kita perlu…doakan kesejahteraan mereka yg telah pergi…Al-fatihah…

    Reply
  6. Amboi bongkaknya bahasa. Jangan mudah membuat kesimpulan apabila berlakunya tragedi kerana mungkin selepas ini giliran anda pula akan diuji. Cara sahaja berlainan. Masa itu apa pula perasaan anda sekiranya dipersalahkan?

    Reply
    1. bongkak bahasa?? mintak maaf, tolong tunjukkan di mana struktur ayat menunjukan bahasa bongkak? itu bukan kesimpulan, tapi sekadar pertanyaan. bukan saya yang patut memberi kesimpulan, badan kehakiman yang sebetulnya.

      mengapa begitu susah masyarakat melayu untuk menerima teguran atau kritikan. Hal ini melibatkan nyawa, bukan satu tapi TIGA nyawa melayang.

      kemalangan yg diklasifikasikan malang tidak berbau boleh diterima akal jikalau ahli keluarga/dewasa ada bersama2 mangsa, contoh kebakaran, banjir, rompakkan, bunuh dan sbgnya..maksudnya mereka sudah 'berhempas pulas bertarung' demi menyelamatkan nyawa, tapi mungkin kerana dek ajal, hajat tidak kesampaian.

      tak payah lah menunggu hari bila ujian untuk saya pula, sebaikknya doakan kepada mangsa, bukan keluarga mangsa. yang tersiksa sakit/azab ialah mangsa2 bukan ibubapa.

      Reply
      1. kalau nak beri kesedaran kpd masyarakat, ada caranya…cakap kpd umum…jgn libatkn kes ini terutamanya ibubapa yg malang ni sebagai contoh…cuba letakkan diri anda ditempat ibubapa malang ini dan anda dipersalahkn diatas kematian anak2 anda sendiri, apa perasaan anda?…tentu semakin sedih…walhal kejadian ini dah sememangnya menjadi pengajaran kpd mereka berdua…kalu nak educate org2 lain, jgn libatkan kes ini…buat lah sessi ceramah di mana2 dan tegaskn tentang pentingnya menjaga keselamatan anak2, krn keselamatan anak2 adalah tanggungjawab ibubapa…

        perlu diingatkan, terlajak perahu blh diundur…terlajak kata, buruk padahnya…berhati2 la bila memberi komen…

        Reply
  7. Sorry to say… Tapi saya setuju dengan Miza. Kejadian macam nih bukan sekali jer berlaku….. Kanak2 tak boleh dibiarkan tanpa pengawasan EVER…PERIOD!! Banyak daa kejadian kat Malaysia. Anak mati dalam kereta laa, anak kene culik laa, kene rogol laa.. Kat negara lain kalau jadi macam ni, mak bapak kene hukum. Regardless diberi kebenaran atau tidak, undang tetap akan menghukum mak bapak sebagai lalai. Kengkadang kita nih sebagai mak bapak amik sambil lewa… Ala…. Dekat jer…. Alaa kat kampung jer… Ala budak2… WE SHOULD STOP SAYING KESIAN LAA MAK BAPAK DIA, JANGANLAAA TAMBAH KESEDIHAN…. ALAAA BENDE NAK JADI…. ALAAA KALAU JADI KAT KORANG CAMANE….. wake up laaaa….. Bende nih bukan baru jadi semalam….

    Reply
  8. Kalau korang nak marah aku sebab cakap macam nih marah laa….. Tapi aku lagi marah kat mak bapak bebudak nih sebab lalai!! Tak pasal2 nyawa anak melayang. Budak kecik ape dia tau…. Kita laaa mak bapak kene guide dorang….Whatever happen pun, family should come first….

    Reply
    1. saya sependapat ngan miza gak.bagi saya anak2 tidak tahu akan bahaya sekeliling oleh itu tanggungjawab mengelakkan bahaya bagi anak2 adalah peranan ibubapa.

      mmng x dinafikan segalanya telah ditentukan tetap itu bukan tiket untuk ibubapa lepas tangan.sekurang2nya tidak timbul perasaan bersalah pada diri ibubapa terbabit (semua ibubapa)

      Dalam berita dah berlambak2 kes spt ini disiarkan (belum termasuk yg tidak disiarkan kerana berada jauh dikampung2),bukan sahaja kanak2 dan remaja saja yg menjadi mangsa malahan wanita yg lebih dewasa.Tujuan cerita2 tersebut disiarkan adalah memberi kesedaran kpd masyarakat akan bahaya yg sentiasa ada disekeliling.

      Reply
    1. astaghafirullahalazim…segala yg tlh berlaku ni adalah di atas keizinan Allah swt…anak2 malang tu adalah milik Allah swt…dan cara Allah swt nak mngambil mereka semula tlh trmaktub dlm qada dan qadar…mempersoalkn peristiwa ni adalah sama seperti mempersoalkn kekuasaan Allah swt…terima takdir Allah swt ni dgn sabar…takde faedah nak menyalahkn ibubapa malang tu…sebaliknya kita patut sama2 fikirkn punca2 terjadinya perkara ini…rasanya byk sebab2 lain yg menyumbang kpd kejadian malang ni, bukan hanya krn kelalaian ibubapa…bila dah tau puncanya, sama2 kita selesaikn masalahnya…in shaa Allah…

      Reply
  9. betull…sebenar muahasbah diri juga..kadang2 aku juga ambil mudah biar ank naik tingkt atas org jaga berdua dgn abg…dgn harapan abg beruur5 tahun boleh jaga adik 2 tahun…apa yg miza ckp mmg betul… bolehh ke anda2 semua izinkan anak keluar naik motor bertiga..mlm2.. semua ni akn berbangkit dan org akn tanya mana mak ayah dia… betull sebagai mak bapak mmg kena sikap lebihhh tanggung jawab sikit….muhasabah utk diri sendiri…sekarang mcm2 boleh jadi…

    Reply
    1. semua ibu bapa mmg btggungjwb ..tp cuba try tgk dok kampung sebulan tgk…cuba la…. kat sana try x yah guna fon selama sebulan tu…. cuba dok dikalangan org yg ssh… mak ayah keja siang malam… anak siap habaq kat mak ckp nk g umah mmber depan tu ja sat… mana nak sangka perkara cenggini nk jd… sekarang ni semua pakat nk tuding jari salahkan mak ayah… why not…sesama org melayu x pun masyarakat main peranan… tlg perbetulkan sikap tak ambil peduli…1.) lampu jln kat kg tu ada ka tak ada? 2. ) ada tak JKK kampung dok beroperasi 3.) ada tak masyarakat setempat amek tau… yg selalu org amek tau kepo hal org lain…. mudah berkata2… why not take action… kes mcm ni..pemantauan kat kg kena lbh kuatkuasa… mcm cek tgk penyalahgunaan dadah / kes remaja bermasalah – cek tgk bkn wrganegara atau pun org luar yg dtg… cuba untuk masing2 mainkan peranan turut bantu… ni hanya dgn kata2… org kat bandar berkata2 kat org di kg… mmg la x luak… cuba membantu dan perbetulkan agar masa akan dtg x jd cenggini kan…. salam..

      Reply
  10. Nkorang, baru baca dua tiga prenggan pendek dah buat kesimpulan mudah, mcm tahu hal yang sebenar.

    Aku dulu, elok jer keluar rumah balik sekolah sorang sorang… yang salah bukan mak bapak….

    yang salah setan setan dalam masyarakat sekarang nie..

    masyarakat kuat tengok BLUE!

    Reply
    1. Masyarakat sekarang lebih suka menuding jari dr take action..bcakap mmg mudah…try to help each other mmg susah..thats more to MALAY attitude… kes dah jadi..doakan agar lepas ni…semua more be carefull dan alert dgn persekitaran kawasan tmpt tggl…sama2 pikul tggung jwb x kira la ank hg ka anak aku ka kan… ( tak kawen lg so x dak anak..) hehe… 🙂

      Reply
  11. weiiii……anak umur 3 tahun korang leh biarkan ke..?anak aku yg 3 tahun ni aku mmg tak nak lepa depn mata aku…..oh my god….benarkan anak2 keluar malam2 bawa naka kecik 3 tahun..apa kesss…..

    Reply
  12. ntah la….mcm2 komen saya baca…yg saya tau kalo saya di tmpt mak ayahnya…boleh jadi mereng saya…saya x leh hdup tanpa anak2…adui beratnya dugaannya…saya mesti akan salah kan diri sendiri selamanya….tapi utk masyarakat sekeliling ambik iktibar la dgn kejadian ni…jaga la anak2 betul2…jgn biarkan pisang berbuah 2 kali…anak2 anugerah Allah utk kite…

    dalam bab jaga anak ni…mmg kalo org tgok saya mcm kontrol anak2…x bagi main kt luar umah…blh main tp bila saya dan suami ade sekali….malang x berbau kn…kdg2 dalam hati2 pun ade cuainya juga…

    apa yang saya leh cakap kt keluarga mangsa…bersabarlah…ingat Allah…insyaAllah ade hikmahnya…mmg perit sangat utk menerima dugaan sebegini…susah nk digambarkan hanya yang menanggung je yg tahu…

    bagi yang kwn2 yg komen…jgn nk gaduh2…x elok utk kesihatan(nada gurau…hihihi)…setiap individu ade pendapat masing2…tp ingat diam bkn bermakna kalah…kawal persaan masing2…hihihi…piss yoooo…

    Reply
  13. Sbnrnya komen2 dlm ni smua btul2 belaka..pertama,kelalaian ibubapa,mmg x dpt dinafikan..kta sndri pn dpt tgk,bdk 3,4thn pn bole bkeliaran tnpa pngawasan org dwasa..2 mmg slh ibu bapa or penjaga la..bagaimanapun,dr sudut lain..kta perlu jgk pk soal prasaan mangsa..mgkin kemiskinan yg mnyebabkn dia terpaksa mlepaskan anknya bdikari..kta xtau ttg 2…apapun,dr bgaduh kt sni..lbh baik kta sedekahkan alfatihah kpd kluarga mangsa,di samping 2 kta jgk kna la lbh berhati2 skrg ni..klu rsa ada jiran2 or fmly kta yg x jga ank2 dgn baik,elok tgur scara direct sbb 2 lbh baik..mgkin diorg terlepas pandang soal ni..doakan jgk Allah x uji kta dgn ujian seberat ni…btoi x?sape stuju angkat siku!!!!hehehe

    Reply
  14. Sudah sudahla tu menunding jari . Cukup2 lah. Budak tu pun dah jadi arwah. Lebih baik kita doakan yg terbaik dkt dia dgn adik2 dia yg masih hilang tu . Semoga Segala urusan dipermudahkan. Kita tak kena dkt batang hidung sendiri mmg macam2 boleh kata. Kalau boleh semua org nak jadi hakim nak jadi lawyer dkt sini nak menghukum semua org. Sudah la . Mcm mana kita org melayu nak maju kalau Asyik nak tunding jari ja dkt org? Stop lah. Masing2 dah besaq dah boleh pikiaq mana baik mana buruk. Tak Malu ka gaduh ? Mari lah kita sama2 ambik cerita ni sebagai pengajaran untuk semua . Bila dah jadi mcm ni kita sepatutnya ambil iktibar bukan saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Cukup lah. Moga2 Segala urusan keluarga adik Syafikah ni dipermudahkan. Aminnn

    Reply
  15. tak elok menuding jari kepada sesiapa pun..benda dah jadi..tak payah nak jadi keyboard warrior di sini..cuma doakan saja anak2 ini berada dlm kalangan org2 yang beriman…sekurang2nya 3 org anak dia dah tlg ibu bapa dia utk masuk syurga..masalah orang kita tak tahu.. just my 2cents opinion..

    Reply
  16. PALING SAYA SETUJU DENGAN NAMA ADEN SAMA YANG PALING PERTAMA MEMBERI AL FATIHAH KEPADA C MATI .. AL FATIHAH ..
    SEMOGA KELUARGA C MATI TABAH MENGHADAPI UJIAN YG ESA .. ASSALAMUALAIKUM

    Reply

Post Comment