9 Tips Mudah Hilangkan Blackhead & Whitehead Pada Muka

Image 1

Kulit muka yang berminyak memang berpotensi untuk mengalami masalah pada liang pori. Apabila liang terbuka, ia mengundang masalah lain seperti blackhead, whitehead dan jerawat.

Selain kulit muka berminyak, sinaran matahari yang terlalu banyak juga boleh merosakkan kolagen kulit secara tak langsung membuka liang di muka dan menyebabkannya tersumbat. Apabila usia meningkat, masalah liang pori turut meningkat..

Facial spa antara pilihan yang boleh dilakukan untuk merawatnya. Namun, petua hilangkan blackhead dan whitehead menggunakan bahan semula jadi juga boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah pembukaan liang pori di muka.

Image 2

Petua Hilangkan Blackhead & Whitehead Dengan Bahan Semulajadi

Petua hilangkan blackhead, whitehead, serta masalah pori anda boleh diatasi hanya dengan menggunakan 9 bahan ini di rumah

1. Ais

Meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat.

Caranya: Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.

Image 3

2. Cuka epal

Menegangkan kulit, mengurangkan pores dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka.

Caranya: Campurkan cuka ke dalam air. Dengan mengguna kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.

Image 4

3. Putih telur

Mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka.

Caranya: Pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu.

Image 5

4. Skrub gula

Membuang minyak muka yang berlebihan dan mengurangkan pori terbuka.

Caranya: Gaul dua sudu gula, satu sudu minyak zaitun dan sedikit jus lemon bersama, kemudian sapu pada muka. Biarkan selama 30 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin. Boleh juga menambah aroma lain seperti kayu manis atau vanila. Lagi wangi!

Image 6

5. Soda bikarbonat

Membuang lebihan minyak, kotoran dan debu di permukaan kulit muka. Ia juga merawat masalah jerawat.

Caranya: Buat pes daripada dua sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada wajah dan urut perlahan-lahan untuk penyerapan.

Image 7

6. Jus lemon

Mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta mencerahkan wajah.

Caranya: Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setiap hari selama sebulan dan hasilnya pasti menakjubkan!

Image 8

7. Timun

Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.

Caranya: Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap sehari juga selama sebulan.

Image 9

8. Yogurt

Membuang minyak yang berlebihan, membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedut di muka.

Caranya: Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin.

Image 10

9. Oat

Sesuai digunakan oleh mereka yang punya kulit sensitif.

Caranya: Campurkan lima sudu madu dan dua sudu susu tepung dalam dua sudu oatmeal. Gaul sampai sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut perlahan-lahan. Sesudah itu biarkan ia kering barulah dibilas.

Image 11

Amalkan secara istiqamah atau konsisten

Pastikan kulit muka juga tidak terdedah pada sinaran matahari dan lakukan skrub setiap minggu untuk mengurangkan lebihan minyak, membuang sel kulit mati dan kotoran di muka.

Dengan mengamalkan petua hilangkan blackhead di atas dan menjaga kebersihan diri, anda dapat dapat merasakan kesannya dalam masa yang singkat!

Post Comment